Saturday 15 November 2008

Menggerun Tetapi Mempesonakan

Banyak perkara sedang berputar dan berligar. Ada gensi baik dan ada langkah diabolikal. Kesemuanya amat menentukan survival. Proses tarik menarik dan beradu kekuatan ini meninggalkan pengaruh yang bermacam ragam dalam masyarakat. Tetapi yang unggul dan ulung tetap akan membekas, ibarat kata pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'.

Protokol Melayu akan menyajikan rencah pemutaran dan pengitaran hidup bangsanya. Singgungannya akan meningkatkan suhu atau mengendurkan yang tegang. Ia tidak akan cenderung ditingkah angin atau terpukau dengan singgahsana dan harta. Ia tidak akan menjilat mencari muka, mengemis-ngemis asal laku dan terpakai buat yang menang. Ia mahu berdiri sendiri.

Protokol Melayu mahu menjelmakan watak asli kekuatannya, tremendum et fascinatum, menggerunkan tetapi mempesona. Gerun dek keluarbiasaan dayanya yang akan menyentuh dan memukul, tetapi natijahnya amat mempesonakan.

Protokol Melayu ingin membuka tirai.

No comments: